assalamualaikum...
mak..
saya sayang mak.. terima kasih lahirkan saya agar saya mendapat peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaanNYA..mak..
selama 9 bulan 10 hari mak bawa saya pergi ke mana-mana.walaupun xsihat,penat,sakit, mak xpernah merungut.tapi dengan penuh rasa kasih sayang yang menggebu dihati,mak menanti saya untuk lahir ke dunia.
mak..
tepat pada 8 ogos 1991,maka lahirlah insan yang kerdil ini ke dunia ini. kehadiran saya,mak sambut dengan tangisan kegembiraan walaupun pada masa yang sama mak terpaksa bergadai nyawa untuk lahirkan saya.. kesian mak..hari demi hari berlalu, kini hampir 21 tahun saya mengenal dunia dan pada masa yang sama, banyak benda telah terjadi.mak, kini saya sedar, banyak dosa yang dah saya lakukan pada mak. samada saya sengaja atau tidak,saya pernah buat mak risau, menagis, marah.kadang-kadang pernah meninggikan suara dekat mak sampai mak menitiskan airmata.YA ALLAH. banyaknya dosa aku pada mak. sempatkah saya menebus kembali dosa2 saya sebelum saya diceraikan nyawa daripada badan?? tapi mak,percayalah. mak adalah satu dihati saya. disebabkan mak lah, saya mampu melihat dunia yang penuh warna-warni ini.
mak
ayah..
saya anak manja ayah kan? kalau ada yang saya nak,mesti ayah turutkan tanpa banyak soal, kadang-kadang tu mak sampai membebel sebab terlalu ikutkan kehendak saya.walaupun mak membebel,ayah tetap buat tak tahu je.sayang ayah!!ayah..
kadang-kadang saya seakan-akan terlupa pegorbanan yang ayah lakukan untuk membesarkan saya.ayah memerah keringat demi mendapatkan sesuap nasi untuk anak- anak dan isteri. kadang-kadang saya minta benda yang pelik-pelik hinggakan ayah bersusah payah untuk mendapatkannya dan ayah akan tersenyum puas bila ayah dapat berikan apa yang saya mahukan walupun ayah terpaksa bekerja keras.ayah..
kini saya mampu menilai segala0galanya.betapa besarnya pengorbananmu ayah.. ayah
mak dan ayah..
saya bersyukur sangat kerana ALLAH telah meminjamkan saya seorang mak dan seornag ayah yang penyayang. tanpa mak dan ayah,siapalah saya di dunia ini.
saya berdoa dan berharap agar ALLAH memanjangkan usia mak dan ayah agar dapat merasai kejayaan saya nanti.saya nak mak dan ayah hadir pada hari graduasi saya nanti.AMIN..
p/s untuk semua orang: hargai ibubapa kamu semua sementara mereka masih ada.dan sayangilah mereka seadanya.
daripada anak yang terlalu menyanyi dan memerlukan :





